14.5.09

Merapu

Today hari khamis. Tak ada apa yg best yang berlaku pun. Bangun pukul 9 lebih pergi dapur cari breakfast, pastu baring2 tertido pulak sampai pukul 12 lebih. Aduhai teruk sial. Siang tadi Mat call, cakap nak pergi Kelantan convoi beramai2 dengan gengnya dari Kajang, Ok la cam tu. Tapi yang tak sedapnya dia gitau ada prob la plak ngan si Chentanya, aduhai macam2. Tak sampai sebulan couple pun dah ada problem, tak best la macam tu kawan. Pendekkan story pada tengah hari tu dia call aku cakap tak jadi pergi Kelantan sebab accident, Oh Tuhan! Aku harap kau ok la kawan, harap problem kau pun sma Ok, biasala tu gaduh2 dalam percintaan ni, cewahh pandainya aku cakap. Tak boleh blahh langsung.

Petang itu dalam pukul 2 lebih aku keluar merempit gi Celcom Centre kat Alor Star. Nak verify no. Upax, semangat2! Dulu kutuk sangat kat no Celcom kata setia kat Maxis sahaja tapi sekarang lebih2kan Celcom pulak, macam haram lagi. Haha. Hari ni memang aku tak ada hala tuju langsung, buka TV cerita bosan, asyik2 cerita Indon ja. Apa yang best sangat aku pun tak tau la, aduhai.

Malam, turun pasar malam kat Tanah Merah (D.Aman). Dah lama gila tak jejak kaki kat sini, niat satu sahaja nak pergi tengok baju2 dekat bundle. Manala aku ada duit lebih nak pakai barang2 branded ni, hutang UM pon ada dekat Rm5oo lagi dalam akaun, kesian tak??. Memang aku kecewa sungguh la tadi pergi2 tengok satu bundle pon tak ada buka, sual tul arr. Dengan muka kecewa aku jalanla pusing pasar malam tu. Makanan jangan kata la mengeliurkan tapi aku tahan diri dari beli, macam sial! Pusing2 tadi jumpa la cikgu add math aku masa form 5 dulu si Cikgu Laili & macam tak percaya dia kenal aku lagi. Well, aku dulu bukanla top student pun, dalam subjek add math pon tak pernah langsung aku lulus & SPM hanya skor 8E ja. Dekat pasar malam tadi jugak aku berjumpa ngan si Lia & family, macam dulu lagi tapi badan tak sekurus dulu. Maybe hati bahagia la agaknya :)

Ok, sekian dulu omongan. Sudah tiada apa2 hendak di omongkan lagi. Harap esok akan lebih baik dari hari ni. Damn betul Man Utd menang semalam! Mengapa CC di sini malam jumaat semuanya banyak tutup. Pelik jugak aku, towkey baca Yassin malam jumaat jugak? Aduhai..Tamat.

No comments: