4.1.14

2K14

Hai.

Ini post pertama 2014. 
The last post was the year ago - 030113 .

Still here, jawab call split shift 12 jam . Masuk kerja 10 pagi habis kerja 10 malam. But it was ok sebab permanent shift keja and permanent off day Jumaat Sabtu, for now maybe.


2013 was the past. Batch 88 yang last year 25 banyak dah change status jadi hubby dan wify. Congrats!
And for me the life just the same. Sometime I just hate my life for real. NEGATIVE.



Till then.
By the way 2013 hasil bakaran wayang lebih kurang RM1200++ something.  Lantaklah terapi aku.

3.1.13

Off Day Like Always

Halo .

So, hari ini off day . Like always for me bakar duit dekat GSC Mid Valley . Hari ni aku layan 2 movie macam biasa : 1) End Of Watch, 2) Parental Guidance.

By the way you should watch the End Of Watch . Part ending movie tu tiba2 mata gua termasuk habuk sikit la plak.








Esok off day harus gotong royong kemas bilik .

30.12.12

Yo , Another post kosong .

Salam.


Masih bernafas . Esok lusa tahun baru masihi 2013.
Sihat-sihat semua?

Lepas habis belajar keja. hutang perlu selesai. tapi tak start langsung satu sen bayar lagi. hurrmmm, mampus.
Cukup bulan depan, Januari genap setahun aku kerja dekat contact center Celcom. Serius dah bosan. bosan jawab call dengan gaji ciput. Oh ya, starting next month aku dah back to normal shift after 5 month straight of split shift. Bila kau dah back to normal shif kau akan hilang banyak duit. No more free OT. Lepas ni income tak 2K dah, shit.

You know what, aku realise aku tak da life. Kerja then balik, kawan dekat tempat kerja saja then laman sosial. Dengan budak rumah pun kurang cakap, oh God what happen to me. Dalam diri ni kosong. I'm not talking about GF , lover or what so eva. I mean friend . Memang aku spesis kurang ramah mesra alam kot susah nak masuk dengan orang. Komunikasi aku fail !

Bila off day saja tak tau buat apa pergi bakar duit dekat wayang Mid marathon movie sorang-sorang. Gila forever alone. Come on next year dah masuk 25. Kadang kala aku jeles sendiri dengan friendship adik aku dengan kawan2 dia. Balik kampung pun serius aku tak da kawan rapat nak lepak, dengan dekat sini plak dengan kawan tempat kerja saja tu pun time waktu kerja. Serius aku kena format hidup aku ni.

Oh ya, this week aku ada lepak kejap sama Pok Li. Dia pun sambung master, datang KL cari bahan. Tahniah, semua kawan2 aku sambung master! One of the point keluar dari mulut dia time lepak tu asking aku bila nak keluar kereta. Aku senyap tak jawab. Masalah aku bukan tak da duit, kalau nak aku boleh ja kerja kuat, OT sampai lebab pun ok. Tapi reason malas nak cakap sebab honestly dah lama aku tak drive lepas dapat lesen and aku lupa dah fobia plus takut. FYI, aku ada lesen full dan lepas dapat lesen aku jarang drive then pastu takut or fobia such as parking tak perfect, accident or what so eva, Hectic kan? And Pok Li pun aku keluar la point cakap kereta tu perlu sebab aset dan penting incase kalau ada emergency. Aku terdiam time part emergency tu bayangkan tengah malam ada bad news emergency dekat kampung dekat kampung and aku tak da kereta macam mana. Mohon di jauhkan.

Sometime aku rasa nak delete blog ni, then nak create baru aku private aku tulis macam diari. Arghhh biarkan. Till then, take care. Btw, Mamee Chef perisa Tom Yam yang baru keluar kat TV overated, tak sedap. Hidup MAGGEE! ! !! ! 






Regards,
Fat boy Khairol .

28.11.12

0 zero.

Aku lonely.
Murung dan depressed sorang2. Life aku kosong ,loser gila .

Keja was ok. Sometime rasa bosan. Macam nak pulun OT byk2 then resign balik kg ddk bwh ketiak Mak. Sumpah aku rindu dia.
Bila lonely aku bakar duit dekat gsc dan fastfood. Syabas bob!

Till then.bye November hello disember .

Emma Watson y u sore adore?

23.8.12

#24



SELAMAT ULANG TAHUN KE-24 !SELAMAT HARI RAYA KE-5!

I HIDE THE BIRTHDAY, POOR ME. LOL~

28.7.12

# Karangan Bulan Puasa

Ramadhan 8 , Assalamualaikum.


4 permulaan puasa aku berRamadhan kat rumah . Apply cuti habiskan saki baki AL .Hujung bulan kontrak habis then tak silap dapat renew . Oh ya, aku juga dapat Best Performer CSE bagi bulan Jun dan bos bagi voucher AEON RM60 hengget . Voucher tak penting janji dapat sijil tu yang mahal nanti boleh lekat dekat resume kalau nak apply kerja dekat lain .

Tarawikh . Aku ngaku tarawikh aku tenggelam timbul. Banyak sifat malas dan penyegan macam setan dok rasuk tak payah turun masjid. First tarawikh pun malam ketujuh dengan masjid kat rumah PPR ni . Gila apa tok imam dan tarawikh dia laju macam pelesit bacaan jika nak compare suasana tarawikh dekat kampung aku. KL, semua nak laju semua nak cepat. HAHA.

Sahur, berbuka. Sahur kat rumah best, makan nasi. Lepas balik KL sahur makan roti. Sahur sendiri2, bangun sahur ada yang goreng telur makan dengan roti. Aku malas buka mulut sumbat roti Gardenia saja. Gila apa sahur semalam bangun2 tengok tak da pa nak makan sebab lupa beli roti pastu telan air kosong saja nasib baik maintain ja siang tadi . Bab berbuka plak kalau kat rumah awal puasa hari tu tunggu mak gua ja masak, apa yang dia masak belasah ja makan. Serius gua ni bukan kaki bazar sangat. Kalau pi bazar pusing 2, 3 kali tak tau nak beli apa pun lagi alih2 balik tak beli apa. Motif tak baik turun bazar usha awek2 berbazar, kahkahkah. Kat rumah sewa kalau dapat buka kat rumah budak2 rumah serang masjid saja makan free. Sasaran minggu ni tengok asyik dok serang masjid TNB saja, makanan pun sedap2 masjid tu hidang lepas tu alang2 maghrib berjemaah ye dak. Dan tadi first time aku buka puasa time jawab call. Nasib baik time buka tak da call masuk. Sambil dok makan tekan mute dekat headset. Not bad la berbuka dekat time kerja, boleh buka ramai2 then boleh hidu macam2 makanan dekat office and macam kat bazar la plak, adoila berbuka.

Raya. Cuti raya dah apply seminggu tapi nampak cara macam peratusan beraya dekat tempat kerja tinggi saja. Gua ok saja, gaji triple (cover bagi sedap hati). Lagipun aku dah cakap kat mak raya ni tak tentu boleh balik ke tak, hurmmmm sabar je la demi sesuap nasi.





Ok melalut, selamat bersahur naa sayang !
# Best jugak layan video mamat Arab atas ni .

19.6.12

Short.

Ohoi.

Short bikin ringkas.

Gaji kerja memang tak cukup. Tengah bulan masuk 4 angka tak sampai seminggu hilang separuh tolak sana tolak sini. Hurmmm . OT?

Dalam rumah ada budak baru. Dulu 3 sekarang 4. Asal Kedah jugak habaq hang. Dan sewa rumah pon makin naik. Dulu RM150 tak api air but now RM150 ++ tak masuk api air. Hurmmm, DBKL ohoi DBKL. Apa nasib tumpang saja bro.


Kerja? Gua kena paksa rela masuk special team. MNP . Port in sana , Port out sini gua check. Enterprise sana sini gua pun check. Mohon senang tak beban. ID buka banyak gaji tak up up pon Company BIRU ni. Nasib baik dapan split shift dan mohon gaji last kontrak bulan depan masyukkkk. Renew contract, hurmmm.



Ok bai. Nak makan lewat malam kasi buncit dan layan gusti. 2 malam gua tak buka FB dan Twitter sebab nak elak spoiler. Gua minat gusti gua ok! EURO tu apadia gua tak ambik port sangat. Daaa.